July 8, 2010

.Luahan perasaan yang sangat sadis!.

Ehem ehem.

Disini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kat semua yang bagi pandangan dan pendapat kat entry ini. Segala pandangan dan pendapat amat saya hargai. Acecece, ada gaya macam orang penerima anugerah tak? Tetiba je kan menggunakan perkataan 'saya'. Bhahaha!


Okey, okey. Disebabkan korang korang bagi pendapat dan pandangan kat entry ini, aku pun nak bagi pandangan aku juga. Sebelum tu meh la kasi aku berstory telling kat korang pasal pengalaman aku yang menjadi perempuan chubby ini. Tehehehe.


Dulu dulu zaman sekolah rendah dalam darjah 6 ala zaman zaman menuju keremajaan dan akil baligh ni, kawan kawan lelaki sekolah aku suka ejek 'Gajah, gajah, doraemon, doraemon'. Pergh. Sadis wa cakap lu. Tersentap jiwa raga aku ni bai. Time tu meleleh air mata menangisi nasib diri. Sedih ooo bila orang ejek ejek kita ni. Time tu badan aku membesar macam di pam pam. Tu yang kena ejek 'gajah gajah, doraemon doraemon'. Bila kena ejek haruslah aku marah. Tapi bila aku marah lagi aku kena ejek. Pastu aku mesti nangis. Isk isk isk. Sedih bai! T___T Kiranya aku kena psiko la, dah la time tu aku UPSR. Sabar jela wei.


Bila dah habis sekolah rendah, aku masuk sekolah menengah pula. Nasib baik, aku sekolah perempuan semua. So, aku tak de psiko psiko lagi dah. Kawan kawan sekolah menengah pun banyak support aku. Tapi dalam hati, haruslah aku cemburu bila tengok kawan kawan yang kurus. Yang pakai cantik cantik kan. Tapi dalam hati je. Honestly, aku suka tengok perempuan cantik yang pandai bergaya dan pandai jaga diri ini. :) Habis sekolah menengah, masuk zaman U pula. Ada je kawan kawan lelaki pandang serong bila tengok aku yang makin besar di pam pam ini. Tapi aku malas nak bidas apa apa balik. Kang kalau marah, orang cakap aku cepat melatah. Tapi even mulut tak cakap tapi dalam hati ni ar. Sakit wei. Mesti akan terasa walaupun sedikit. Mulut cakap tak kisah tapi dalam hati sakit bai! -_-

.Kadang kadang teremosi juga bai.


Kalau kau fikir perempuan chubby ni tak pernah diet ke apa. Kau silap taw. Sebenarnya, perempuan chubby ni mesti pernah berdiet. Tapi aku taw, bila je perempuan chubby ni berdiet mesti ada je orang orang yang gelak bila taw dia ni berdiet. Pastu nak pandang rendah nak memperlekehkan. Ciskek betul! Aku tak suka ooh orang pandang rendah ni. Bajet macam bagus je.


Eh eh, aku rasa entry ini macam entry luahan perasaan je. Bhahaha! Sory wei. Terluah perasaan pula. Tehehehe. Urm. Bagi aku perempuan chubby ni comel. Ye memang comel. Bukan aku perasan sendiri wei. Ramai orang cakap macam tu. Ala, senang cite, perempuan chubby tak salah janji sihat dan confident bila dengan orang ramai. Dan sekarang ni aku tengah mengumpul keyakinan aku. Ala macam cite Dottie kat Astro ria tu. Even Dottie tu chubby tapi dia berkeyakinan kan kan. Aku nak jadi macam Dottie la :)

Okey babai!


p/s: Even perempuan chubby bgtaw dia dah lali dengan ejekan ejekan orang ramai. Tapi hati kecil diorg mesti akan terasa.

12 comments:

Vanilla Popsicle said...

gajah? serius kurang ajarrr..
biar laki yang ejek kau tu bini dia lagi gemuk. hehe jahat tak aku.

hamzah ian said...

doremon oh doremon.. haha

Anonymous said...

ada kawan saya dulu chubby..
then masa cuti semester dia tak makan nasi langsung..
tapi dia still minum milo lah unutk bagi tenaga..
then now dah kurus sikit..
dia kata semua cuti sem dia nak buat..
nanti i konpem kan balik la dia diet macammana..
u boleh try la..
tp i tak suggest kan makan itu dan ini nak jadi kurus..
terima je kejadian ALLAH itu lebih baik..
cuma kalau kita buat diet itu boleh jugak bagi kesihatan yang elokkan kan...

Unknown said...

btol2 cik ieyna..
sedih oo...hihi
tp zmn skolah dlu mmg rmai yg kutuk..
skrg ok la ckit bile dh msuk u.
wlau ade org kutuk ase dh lali...

p/s~~paling suke ps kat bwh entry tuh..hiihhi

Unknown said...

btol2 cik ieyna..
sedih oo...hihi
tp zmn skolah dlu mmg rmai yg kutuk..
skrg ok la ckit bile dh msuk u.
wlau ade org kutuk ase dh lali...

p/s~~paling suke ps kat bwh entry tuh..hiihhi

tqah.y said...

terasa weyh T_T

dulu time skolah rndah slalu gak budak laki ejek.nak ikutkan berat aku ok je ngan tinggi aku time tu.tp ntah lah.budak2 laki skolah aku slalu je ringan sgt mulut nak ejek2 aku tembam.kadang2 nangis gak.huhu.

msuk skolah mnengah aku lega sket sbb skolah kte sume pompuan.so tkde ah terasa sgt kan? even kadang2 tu ada gak.

msuk u aku dah wat tak pduli sume tu.nak kawan ngan aku, kawan je.tknak kawan sudah.aku tak halang.aku sedar yg aku ni bukannya sesuai nak jadi kawan dorang.

isk3..ter'emo' plak kat sini. TT_______TT

hamzah ian said...

doremon oh doremon... haha

Zayanie said...

hey old buddies.... aku fhm ape yg ko pnh rase.. n smpai skang msih lgi merasai.. kdg2 rase cam org2 yg ejek kte ni x matang.. aku biasenye ignore je... wat mase ni.. aku ade try diet.. but then bdn aku x srasi.. ble aku start diet.. aku akn DEMAM dgn truknye :) so as long as aku sehat, aku try la ckit... aku x nk skit sbb nk jga pndgn org.. or persepsi org... i am whut I AM! :)

Call me, Eyka said...

Iena sygggggggggggg.. kalau kita nak move on..jgn dgr apa org ckp psl kita. If baik baru dengar, kalau setakat nak bg komen mengutuk harus lah buat bodoh. Actually bnde2 ni lah yg leh wat kita lg kuat. janji u pndai kawal emose n perasaan. I know msti akan rse sedih sket, tp ingat.. nothing impossible! Be urself :)

kata kila said...

sapa ejek yyou kasitahu.biar kila lempang kasi terburai gigi.nak tgk comel ke die tu nak ejek org grrrrr

enyheartsdiamond said...

eny plak selalu kena tonggek.. huhu..

dear, nanti tengok cerita DOTTIE setiap isnin, 10 malam di astro ria.. kawan eny berlakon sebagai DOTTIE..

*tolong promote ni kat kawan2 ye :))

http://enykikilaladediamond.blogspot.com/2010/07/how-to-get-free-passes-to-mtv.html

"Cepat!!! Jumlah pass percuma terhad dan tidak dinyatakan pula berapa bilangannya! Mungkin sesiapa yang memberi nombornya kepada saya bertuah untuk mendapatkannya!!! Cubalah!"

Chybee said...

jangan buat something sbb org lain. baik buat kerana Allah dan sbb kita sendiri nk ok? hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...